RESEPI RAHSIA

KETAM GORENG TELUR ASIN


Jangan lupa like Tokwanmat Kuih,Ketupat & Desserts di
BAHAN SAJIAN UTAMA: KETAM
Ketam Goreng Telur Asin
Bahan-bahan
Ketam 3 atau 4 ekor
Sebiji telur asin (direbus dan ambil kuningnya shj)
Susu sejat (boleh juga guna santan)
Tepung jagung
Daun kari
Mentega

Cara-cara
1) Goreng ketam menggunakan tepung jagung sehingga kekuningan
2) Hancurkan kuning telur asin, dan campurkan bersama susu cair/santan dan juga daun kari
3) Masukkan juga garam secukup rasa
4) Buka api secara perlahan, masukkan ketam yang telag digoreng dan juga adunan tadi dan kacau sehingga rata.
5) Sedia untuk dihidang



SPAGHETTI BOLOGNESE TOKWAN STYLE


Spaghetti bolognese Tokwan style: Jom like page kami --> 
https://www.facebook.com/tokwanmatketupatpalas?fref=ts
Bahan-bahan:
Chili paste
Sosej
Tomato paste (boleh guna jenama prego, kimball or ape2 shj, tp tokwan suka tomato paste jenama kimball mushroom)
Spaghetti yang telah direbus
Chicken balls
Buah tomato di potong dadu

Cara-cara
1)Tumis cili sehingga pecah minyak, ikut berapa pedas yang anda inginkan, tokwan suka pedas sikit drpd masam, so tokwan taruk chilli paste lebih sikit
2)Masukkan tomato paste dan kacau sehingga mendidih
3) Masukkan juga tomato, sosej dan chicken balls
4) Kacau sehingga masak dan mendidih, tambah sedikit garam jika kurang masin
5) Boleh juga tambahkan cheese jika anda mahu

Selamat mencuba


AYAM PERCIK MASAM MANIS


Jom like page kami --> 
https://www.facebook.com/tokwanmatketupatpalas?fref=ts

Bahan utama: Ayam
Bahan perapan ayam
-cili kering
-lengkuas
-halia
-bawang merah
-bawang putih
-sedikit madu,garam,dan bahan perasa

bahan utk sos
buah tomato
cili kering

cara-cara
1)potong semua bahan perapan ayam dan kisar sehingga halus.
2)Tuang bahan perapan kedalam ayam yang telah ditoskan dan dibersihkan
3) Tambahkan madu, garam dan bahan perasa, tambahkan juga sedikit sos tomato jika anda mahu sedikit masam
4)Perap ayam bersama bahan perapan selama 2-3 jam

Cara membuat sos
1) Kisar tomato sehingga hancur
2) Tumis cili kering yg telah dikisar sehingga naik minyak
3) Masukkan tomato kedalam cili yg telah masak
4) Masak sehingga mendidih

Bakar ayam yang telah diperap sehingga masak, dan potong kepada cebisan yg kecil, lapik ayam menggunakan daun salad dan tuang sos yg telah dimasak ke atas ayam tersebut. Siap utk dihidang


*********************************************************************************
*********************************************************************************


KETAM BERCILI SOS


Ketam bercili sos

Jangan lupa like Tokwanmat Kuih,Ketupat & Desserts di https://www.facebook.com/tokwanmatketupatpalas?ref=tn_tnmn
BAHAN SAJIAN UTAMA: KETAM
Bahan-bahan
Ketam – 3 atau 4 ekor
Cili kering yang telah diblend bersama bawang
Sos Cili (Jenama sos cili arnab)
Sedikit garam
Sedikit bahan perasa
Cara-cara
1) Siang, basuh dan toskan ketam
2) Goreng ketam tanpa minyak sehingga air ketam kering dan badan ketam bertukar merah.
3) Toskan ketam
4) Tumis cili sehingga pecah minyak
5) Masukkan sedikit garam dan bahan perasa
6) Masukkan ketam dan gaul sehingga rata
7) Akhir sekali, tuangkan sedikit sos cili ‘ Arnab’ bagi menambahkan rasa kepada masakan anda.
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment