Saturday 18 May 2013

Congratulations TokwanMat Ketupat Palas




Tahniah..tahniah...tahniah, kepada TokwanMat sendiri sebab kini mengorak selangkah lagi kehadapan dengan terhasilnya blog khas TokwanMat. TokwanMat merupakan satu jenama baru yang kini cuba untuk memperkembangkan lagi produk KETUPAT PALAS khususnya, dan pada masa yang sama turut menjalankan perniagaan KUIH MUIH TRADISIONAL secara amnya. Untuk pengetahuan pembaca semua, walaupun TokwanMat baru mula mahu bertapak secara atas talian, tetapi TokwanMat sendiri mempunyai pengalaman menjalankan perniagaan ketupat palas sejak dari tahun 1991.

TokwanMat mula memasarkan ketupat palas di kawasan pasar tani, dimana pada awal pembabitan, ketupat palas di hantar kepada wakil-wakil penjual pasar tani yang membuat tempahan. khususnya pada musim-musim perayaan. Dari tahun ke tahun , tempahan semakin meningkat dan kini, TokwanMat telah mampu bergerak sendiri. 

Bermula tahun 2000, TokwanMat mendapatkan tapak perniagaan sendiri dan memulakan perniagaan Kuih Muih Tradisional, Ketupat Palas, Pisang, Sayur-sayuran dan banyak lagi di Pasar Bukit Beruntong. Sejak dari itu, tempahan semakin meningkat dan setiap kali musim perayaan, TokwanMat menerima tempahan ketupat palas hampir 15000 yang dijual sendiri juga turut dijual kepada pemborong-pemborong yang membuat tempahan. 

TokwanMat sentiasa memastikan produk-produk keluaran kami adalah bersih dan juga berkualiti. Pengalaman selama 22 tahun ini digunakan sebaik mungkin oleh pihak TokwanMat untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan setiap jualan.

Salam muhibah,
TokwanMat

No comments:

Post a Comment