Wednesday 14 August 2013

Salam Aidilfitri : Tempahan Ketupat Palas utk rumah terbuka

Assalamualaikum

Salam Aidilfitri Tokwan ucapkan kepada semua pembaca blog Tokwan. Macam mana Aidilfitri tahun ni?Tokwan tahun ni sempat balik ke kampung halaman di Jitra, Kedah dan sempat juga singgah di kawasan rumah lama di Guar Chempedak, Gurun, Kedah Darul Aman. Walaupun di Tg Karang ni ada sawah padi juga, tapi pemandangan dan suasana sawah padi di Kedah adalah sedikit berlainanan, boleh tengok gambar di bawah



Pada hari raya pertama, keluarga Tokwan juga sempat berkumpul di rumah Tok, saling bermaaf-maafan dan tak lupa makan ketupat dan rendang di pagi Aidilfitri. 

Ini baru separuh yang berkumpul, kalau ada lagi separuh, confirm x muat

Bila dah masuk bulan Syawal, pasti ada yang nak buat rumah terbuka kan, jadi kepada yang mahu menjadikan KETUPAT PALAS sebagai salah satu juadah hidangan di hari rumah terbuka anda, jangan malu dan jangan segan, call/whatsapp/SMS tokwan di talian 0146460549, boleh berckp dengan Noor untuk urusan tempahan dan pembelian. 

Ketupat palas yang siap dimasak didalam periuk rebusan, masukkan daun pandan utk menaikkan aroma ketupat

Untuk makluman, lokasi Tokwan adalah di Tg Karang berdekatan Agrotourism Homestay Sg Sireh. Tokwan minta maaf kerana ada pelanggan dari jauh yang membuat tempahan tapi pihak Tokwan tidak menyediakan penghantaran kerana jumlah tempahan adalah kurang daripada 1000 biji. Tetapi, kepada yang masih mahu membuat pembelian, boleh datang terus ke lokasi kami di
Lorong 23, Parit 1 Sg Sireh, 
Kg Ampangan
45500 Tg Karang,
Selangor.

Sebelum datang, sila call terlebih dahulu dan nyatakan jumlah ketupat yang ingin ditempah. 

Salam Aidilfitri

TokwanMat

No comments:

Post a Comment