Wednesday 7 August 2013

Doa Ramadhan 26. 27 dan 28 : Tempahan ketupat palas dibuka kembali 3 hari selepas Aidilfitri

Assalamualaikum

Esok merupakan hari terakhir Ramadhan 1434H, agak sedih kerana bulan 1000 rahmat ini iaitu Ramadhan bakal meninggalkan kita dan adakah kita bakal berjumpa dengan Ramadhan lagi tahun hadapan. Insyallah jika ada rezeki. Apepon, untuk makluman pelanggan ketupat palas TokwanMat, tempahan ditutup bermula esok sehingga hari raya ke 3, dan seperti makluman tokwan sebelum ini, tiada penghantaran dibuat sekiranya tempahan kurang daripada 1000 biji. Jika ada yang nak buat open house or majlis kenduri kendara, seperti biasa boleh cari Tokwan di Facebook atau email, ataupon boleh terus menghubungi Tokwan di talian 0146460549 dan terus bercakap dengan Noor. Esok seperti tahun tahun sebelum ini, kami bakal membuka gerai menjual pelbagai bahan keperluan dapur seperti serai, lengkuas, halia, dsb dan juga yang paling penting KETUPAT PALAS. Tak payah susah2 nak buat sendiri, beli je dari tokwan, hanya RM 14 seikat (20 biji).Lokasi kami esok adalah berdekatan PASAR BASAH BUKIT SENTOSA...jadi pelanggan dikawasan sekitar jom serbu kami esok. 

Untuk 2-3 hari ni Tokwan x sempat nak update Doa Ramadhan, jadi entry kali ini Tokwan sekalikan dari 27 hingga 29 Ramadhan sebagai rujukan. Salam Aidilfitri Tokwan ucapkan, Maaf Zahir Batin sekiranya ada terkasar bahasa harap dapat dimaafkan. 

Doa Ramadhan ke 27

Doa Ramadhan ke 28

Doa Ramadhan ke 29

Salam Aidilfitri
TokwanMat

No comments:

Post a Comment