Sunday 4 August 2013

4 hari terakhir ramadhan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sedar tak sedar, hari ni dah hari yg ke 26 Ramadhan dimana tinggal 3 hari sahaja lagi umat Islam bakal meraikan Aidilfitri. Rakan-rakan sekalian, bagaimana Ramadhan tahun ini?. Adakah lebih baik dari tahun yang sebelumnya?. Mari sama-sama kita bermuhasabah dan utk 3 hari yang terakhir ini,tingkatkan amal ibadah semaksima yang mungkin. 

Semalam Tokwan telah ke Bandar Saujana Putra untuk iftar bersama-sama kawan baik sejak dari zaman diploma. Unfortunately, salah seorang dari kami iaitu Izzati tidak dapat hadir sebab ayah dia tiba-tiba buat kenduri surau last-last minit. (kurang 1 menu-puding roti tau semalam,bhahahaha). Mengenang kembali semester terakhir di UiTM Segamat, jadi sekali lagi...kami semua memilih untuk buat steamboat sbg main dish untuk iftar semalam. Masing-masing bawak menu dimasak sendiri dari rumah. Hasilnya....memang terbaik dan penuh meja!. 


Potato salad a.k.a whipped potato/ beef/ salad n vege by Azua
Fried spaghetti by Wana
Ketupat Palas, Rendang Ayam & Mangi puddings by Tokwan
Steamboat, Grilled chicken, Soya bandung, Sirap Laici & Pavlova by Meyy & Mijie

Okey, yang hebatnya adalah bila, Mijid a.k.a Meyy husband siapkan pavlova (final touch) 10 minit sebelum azan maghrib dan rasanya memang superb. Tak terlalu manis mcm dijual kat kedai dan dalam kenyang-kenyang kitorang dah melantak makanan kat atas tadi, berjaya juga habiskan 3/4 pavlova tu ye. Nampak x kat situ, tak rugi bawak kitorang g majlis tau...konfem licin..:P. Pavlova ni kira ganti la kek birthday kami semua yang jatuh pada Julai dan juga meraikan beberapa berita gembira cthnya mcm Tokwan da hbs study and Azua da habis chambering. Jom kita tgk gambarnya kat bawah ni. 


Semalam sempat juga Tokwan hantar ketupat kepada salah seorang customer Tokwan. Thanks Zara untuk order semalam. Kepada yang ingin membuat tempahan, sila maklumkan dan confirmkan order dengan Tokwan 3 hari sebelum tarikh ambil k. Jadi seperti biasa, untuk hari ke 26, jom kita baca doa dibawah

Bismillahirahmanirrahim.  

Amin. Kepada yang sedang membuat persiapan terakhir menjelang Aidilfitri, jangan ikut nafsu ketika berbelanja. Kepada yang baru hendak memulakan perjalanan balik kampung dan yang sedang dalam perjalananan...berhati hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang. Semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamat. (*jangan lupa baca doa naik kenderaan). 

Salam Ramadhan
TokwanMat

No comments:

Post a Comment