Tuesday 30 July 2013

10 hari terakhir Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ini merupakan hari ke 21 kita berpuasa, tidak lama lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita dan kita tidak akan tahu, adakah kita sempat untuk berjumpa lagi Ramadhan tahun depan. Oleh itu, jom sama-sama kita meningkatkan ibadah 10 malam terakhir ini dan saya doakan kita semua akan ditempatkan dikalangan orang beriman. Untuk hari ini, doa ramadhan hari ke 21 adalah seperti dibawah.


Amin

Semoga hari ini akan menjadi lebih baik daripada hari semalam. Okey, disini saya nak maklumkan bahawa sepanjang Ramadhan ini, doa-doa setiap hari ramadhan adalah diambil daripada blog http://shafiqolbu.wordpress.com/ dimana pelbagai informasi berguna khususnya berkaitan Islam dan tips-tips untuk menjadi muslimin muslimat yang lebih baik banyak di sampaikan dalam blog beliau, kalau rajin boleh la singgah2 tgk blog http://shafiqolbu.wordpress.com/ ni k.

Saya masih menerima tempahan ketupat palas, tetapi kepada pelanggan yang berada diluar kawasan Kuala Selangor, ingin saya maklumkan tiada penghantaran disediakan sekiranya tempahan kurang daripada 1000 biji. Tetapi jika anda berminat, anda boleh datang sendiri ke lokasi kami iaitu dia Homestay Sg Sireh, Tg Karang, Selangor. Jika anda nak order ketupat palas tu dan hendak dimakan untuk hari raya yang bakal menjelang kelak, saya cadangkan anda boleh memilih untuk membeli ketupat palas frozen kerana ianya dapat bertahan lebih daripada sebulan jika disimpan di tempat sejuk beku. Jadi, apa tunggu lagi, penuhi keinginan anda untuk makan ketupat palas buatan TokwanMat. 

Sempena 10 hari terakhir Ramadhan ini juga, kepada pembaca sekalian, sebenarnya jenama TokwanMat diambil daripada nama datuk saya yang telah meninggal dunia Disember 2012. Datuk saya merupakan seorang peniaga di Pasar Bukit Beruntung dan setiap tahun, memang datuk saya akan membawa stok ketupat yang sangat banyak untuk dijual di Bukit Beruntung. Kebanyakan pelanggan lebih mengenali belia sebagai PakNgahMat Pisang/Kedah kerana datuk menjual pelbagai jenis pisang dan berbahasa loghat Kedah apabila berniaga kerana keluarga kami berasal daripada Kedah. Tahun ini kami bakal meneruskan legasi ini tanpa tokwan dan alahmdulillah perniagaan kami ini telah mencecah 20 tahun dan diharapkan akan terus maju dari semasa ke semasa. 

Kepada pelanggan ketupat palas Bukit Beruntung yang setiap tahun membeli ketupat daripada 'PakNgahMat Pisang', tahun ini anda jangan risau kerana kami akan tetap menjual ketupat di tempat tersebut. Oleh itu, saya mohon sedekahkan al fatihah kepada arwah datuk saya dan semoga Tokwan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah

Salam Ramadhan
Cucu TokwanMat


No comments:

Post a Comment