Assalamualaikum
Haaaaa, masuk hari ke 13 ye kita berpuasa hari ni. Disebabkan nak menunggu masuknya azan subuh, jadi Tokwan ada masa yang agak senggang untuk update blog Tokwan jap. Semalam hari Ahad, 21 Julai 2013, sekali lagi...sekali lagi ye, chef Rodzli a.k.a Paktam telah menunjukkan skil memasak Nasi Ayam beliau yang memang tak boleh disangkal-sangkal lagi kesedapannya. Memang klu makan, org ckp sehingga menjilat jari lah...kikikiki... sangat hot dan meletopssss.... PakTam n MakTam klu bab sediakan makanan, memang TERBAIKKK...Thumbs up 20 juta kali.
Ini dipanggil sebagai ayam joget...hihihi, ayam yang berjoget sebelum dipotong-potong
Ni pulak selepas di potong dan diplatingkan (ada ke bahasa ni dlm kamus dewan bahasa?) oleh TokWan sendiri. :P
Sila abaikan model tak berbaju kat belakang tu...
Ini la juadah keseluruhan iftar semalam. Tapi sayang, tok Tokwan xde semalam, dia p berbuka kat rumah Maksu di Port Klang. Kepada tok, jika tok sedang membaca blog Tokwan ni, cepat la balik kg tok, kitorang sunyi tok xde...hihihiihih.
p/s: Untuk pengentahuan u olls, Tokwan(penulis blog) berumur dalam lingkungan 20 an shj ye...:P, dan baru menyambut hari lahir yang ke 2* hari Rabu lepas.
Da habis melayari blog Tokwan sampai meleleh-leleh ayaq liuq tu, haih x senonoh, p lap sikit, kita baru nak mula puasa ni. Jadi jom kita mulakan hari ini dengan doa Ramadhan hari ke 13. Selamat berpuasa, moga Ramadhan hari ini adalah lebih baik dari Ramadhan semalam.
Bismillahirrahmanirrahim
Azan subuh pon dah berkumandang 10 minit yang lepas, selamat menunaikan ibadah solat kepada semua muslimin dan muslimat. Jangan lupa, nak tempah ketupat palas please do call/PM/ WhatsApp/SMS ke talian 0146460549.
Salam Ramadhan
TokwanMat
No comments:
Post a Comment