Wednesday 10 July 2013

Ketupat palas 1 Ramadhan 1434 H

Assalamualaikum, 
Jom kita mulakan 1 Ramadhan hari ini dengan doa hari pertama Ramadhan


Alhamdulillah, semoga puasa kita pada hari ini menjadi puasa yang penuh dengan keberkatan hendaknya.
Alhamdulillah juga, untuk hari pertama ni, Tokwan telah mula menerima tempahan ketupat palas dari seorang customer daripada Ampang. Tempahan ketupat palas masih dibuka dan kepada yang ingin membuat tempahan, jangan malu dan jangan segan, anda boleh sms/pm/call/whatsapp tokwan di talian 0146460549, insyallah tokwan akan menjawab semua persoalan anda.

Ramai yang bertanya mengenai penghantaran, ingin Tokwan maklumkan, Tokwan hanya membuat penghantaran bagi tempahan 1000 biji ketupat besar keatas, bagi luar kawasan daerah Kuala Selangor. Oleh itu, kepada yang nak buat tempahan daripada Tokwan, Tokwan cadangkan untuk anda collect order dari kawan-kawan, kumpulkan dan tokwan akan hantar terus ke tempat kerja anda untuk diagihkan kepada semua orang yang buat tempahan. 

Bagi semua tempahan pula, Tokwan perlukan pelanggan untuk membuat pembayaran penuh, almaklumlah...pernah terjadi kes dimana pelanggan cancel order last minit tanpa membuat apa-apa pembayaran, tetapi ketupat telah direbus dengan banyak, jadi disini Tokwan harap pelanggan dapat memahami kenapa pihak Tokwan perlukan pembayaran penuh terlebih dahulu.

Mengenai kualiti, pihak pelanggan tidak perlu risau. Dari semasa ke semasa, sejak tahun 1990 hingga kini, pihak Tokwan sentiasa cuba untuk meningkatkan kualiti ketupat kami. Insyallah, ketupat palas yang siap direbus Tokwan selalunya bertahan 2-3 hari, dengan syarat ianya perlu dipanaskan atau disimpan didalam peti sejuk. 

Akhir sekali, untuk 1 Ramadhan, selamat berpuasa Tokwan ucapkan, dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya ada Tokwan terkasar bahasa sepanjang penulisan Tokwan ini. Jangan lupa, nak tempah ketupat palas, jom order dengan kami

Email: tokwanmatketupatpalas@gmail.com
SMS/Call/PM?Whats App: 0146460549

Salam Ramadhan
TokwanMat

No comments:

Post a Comment