Thursday 19 June 2014

Patah sayapku patah


Assalamualaikum.....

Hahaha, start menulis kali ni mula dengan gelak dulu kan. Siapa yang suka tengok drama melayu kat TV3 time-time nak maghrib tu, sila angkat tangan (saya, saya, saya). Diri sendiri ye, suka tengok slot Akasia walaupun sebenarnya lepas the last drama janji xmo tengok, tapi tetap terpengaruh. Tapi drama kali ini "Kerana Terpaksa aku Relakan" rasanya dapat menarik perhatian penonton yang agak ramai sebab ada Indah yang kelam kabut, dan tidak ketinggalan 3 orang anak muda & kaya & Zin yang Hensem dan jalan cerita yang agak lain sikit daripada yang lain. 


Sebenarnya kalau difikirkan secara logik akal, most of drama melayu ni memang la tak berapa nak logik jalan cerita nya, tapi for me itu hanya cerita, hiburan semata- mata,( Saya pon turut terlibat dalam aktiviti mengkomen drama melayu ni bersama kawan-kawan)... tapi dont take it as a serious matter. Just watch it, have fun dgn apa yang terhidang depan mata. 
Entri kali ni sebenarnya nak cakap, suka dengar lagu patah sayap patah nyanyian Nadia Aqilah, OST untuk drama ni, masa mula-mula dengar dah macam tertarik sehingga memaksa-maksa diri untuk mendownload masuk ke dalam handphone. Gitewwww (ni pon terpengaruh jugak tulis gini). Pesanan saya, tengok-tengok jugak, tapi klu dah nampak azan berkumandang kat TV tu menandakan masuk waktu Maghrib, cepat-cepat la gi amik wuduk, solat...settlekan urusan dengan Allah dulu. 
Pejam celik pejam celik, lagi 9 hari je lagi kita bakal menyambut Ramadhan al Mubarak. I am sooo excited to meet u Ramadhan, dengan harapan dan doa moga tahun ini bakal menjadi lebih baik daripada tahun-tahun sebelum nya. 

Ketupat palas???Ada buat lagi tak??? Mesti la ada, sama jugak macam tahun lepas k. Untuk details ketupat palas 2014 saya akan update next entry. 

Salam
Noor

1 comment:

  1. SEGA GENESIS - GAN-GAMING
    SEGA 출장마사지 GENESIS. GENESIS-HANDS. worrione.com Genesis https://sol.edu.kg/ (JP-EU). NA. NA. NA. SEGA GENESIS-HANDS. ventureberg.com/ NA. SEGA GENESIS. NA. GENESIS-HANDS. NA.

    ReplyDelete