Wednesday 19 June 2013

Sedap sangat!

Hihihi, entri kali ni mesti la pasal kuih jugak, minggu lepas Tokwan telah terima tempahan 'last minute' daripada seorang makcik ni, Wak Sam namanya. Dipendekkan cerita, Wak Sam ni kene sediakan kuih untuk tetamu yang datang ke Homestay Sungai Sireh pada malam tersebut. jadi, petang tu, WakSam secara mengejut menempah kuih pulut panggang. Selepas maghrib, Wak Sam datang dan kebetulan, Tokwan tengah menyediakan kuih tepung bungkus untuk dijual di Bukit Beruntung keesokan harinya.

Setelah Wak Sam ternampak kuih tepung bungkus tu, Wak Sam pon nak jugak 100 biji untuk dihidangkan kepada para tetamu. Untuk tidak menghampakan pelanggan, maka Tokwan pon jual kepada Wak Sam. Kuih tersebut dihantar oleh adik Tokwan ke Homestay pada jam 8.30 malam. Ternyata, adik Tokwan cakap, response daripada tetamu sangat tidak mengecewakan, semua cakap SEDAP SANGAT!. 

Tetamu pada malam itu terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, India dan Cina , terdapat juga beberapa orang pelancong asing turut hadir bersama. Rugi Tokwan x record testimoni daripada pelanggan kan. Tapi xpe, next time Tokwan akan cuba dapatkan testimoni dari pelanggan-pelanggan Tokwan. 

Kepada yang masih tercari- cari pembekal ketupat palas frozen dan rebus, jangan malu-malu dan segan-segan, sebab Tokwan sentiasa menunggu panggilan dari anda, khususnya untuk tempahan pada bulan Ramadhan yang bakal menjelang tiba. 
Hubungi Tokwan di talian : 0146460549 dan insyallah segala pertanyaan akan dijawab secepat yang mungkin. 

Nanti Tokwan tulis lagi k

Salam Muhibah
TokwanMat

No comments:

Post a Comment