Saturday 13 July 2013

Doa Ramadhan Hari ke 4: Mula buat ketupat dengan banyak

Doa Ramadhan hari ke 4
 
Bismillahirrahmanirrahim
 

Hari ini hari Sabtu, 4 Ramadhan 1434H, ramai yang bercuti dan balik kampung. Kepada yang nak balik kampung atau keluar dengan kawan-kawan, jangan lupa pesan Tokwan, berhati hati di jalan raya ok. 

Bagi Tokwan pula, hari ni Tokwan telah mendapat tempahan dalam jumlah yang agak besar dan dengan ini operasi membuka daun palas, membalut ketupat dan juga merebus akan dilakukan bermula pada hari ini. Kepada peniaga bazaar-bazaar Ramadhan, peniaga pasar tani, peniaga pasar borong yang mahu berniaga ketupat, tetapi menghadapi masalah jauh untuk datang mengambil stok daripada tokwan, tokwan cadangkan, anda semua buat tempahan ketupat frozen daripada Tokwan dalam jumlah yang banyak.

Ketupat Frozen yang dihasilkan Tokwan jika disejukbekukan dengan cara betul oleh pengguna, ianya boleh bertahan lebih daripada sebulan, jadi tidak menjadi masalah sekiranya anda ambil dalam jumlah yang banyak dan rebus pada hari anda hendak menjalankan perniagaan. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi je Tokwan di 0146460549.

Salam Ramadhan
TokwanMat

No comments:

Post a Comment