Friday 12 July 2013

Doa Ramadhan Hari ke3 : Dalam ujian Allah datangkan kebahagiaan


Alhamdulillah, hari ni kita semua umat Islam melangkah masuk ke hari ke3 Ramadhan. Hari ini agak lewat Tokwan dapat postkan doa untuk Ramadhan hari ke3 tetapi, masih belum terlewat untuk sama-sama kita amalkan doa ini walaupun telah petang. 

 Bismillahirahmanirrahim




Sebenarnya, pagi tadi Tokwan telah ke UITM Puncak Perdana untuk hantar thesis yang alhamdulillah telah berjaya tokwan siapkan setelah 2 thn 1/2 bertungkus lumus berulang alik dari Tg Karang ke UiTM. Dalam kegembiraan setelah menghantar thesis tu, dlm perjalanan pulang, sewaktu di trafik light selepas UiTM Puncak Perdana, malang tidak berbau, kereta Tokwan telah dirempuh oleh sebuah kereta WAJA dari belakang. Memandangkan sewaktu itu, tokwan tengah berhenti, jadi cuma hentakan yang kuat itu telah membuatkan tokwan dan ibu sangat terkejut. Apb keluar, rupanya kereta dilanggar di bahagian kanan (penumpang) dan hanya bumber yang telah pecah dan retak. Mujur org yg telah merempuh tokwan tdk melarikan diri dan sedia bertanggungjawab untuk membayar segala kos kerosakan. Syukur kepada Allah, tidak ada kemalangan jiwa cuma kereta sahaja yang mengalami kerosakan. Jom tengok sikit kereta tokwan
Bumper pecah, dan skrg dah ganti bumper yang baru

selepas selesai uruskan urusan kemalangan tu, tiba-tiba tokwan dapat call, ada customer nak order ketupat palas 1000 biji hari Selasa ni. Alhamdulillah syukur ya Allah. Dalam ujian yang Allah bg pada ketika itu, pada masa yang sama Allah hantarkan rezeki kepada tokwan. Terima Kasih yang kepada yang membuat tempahan. Dan pastinya, ini merupakan pelanggan tetap tokwan dan selalu repeat order khususnya sewaktu bulan Ramadhan, Syawal dan sewaktu Hari Raya Qurban. Kepada yang teringin nak makan ketupat palas, atau pemborong pasar tani, pasar borong ataupon bazaar-bazaar ramadhan, Tokwan masih mengalu-alukan tempahan dari anda semua, dan pastikan jangan terlambat okey.

Seperti biasa, hubungi Noor: 0146460549, anda boleh call/pm/sms/whatsapp. Insyallah tokwan akan balas secepat yang mungkin.

Akhir sekali, tokwan nak kongsi doa menaiki kenderaan. Kepada semua pemandu beragama Islam, sebaik-baiknya hafal dan baca ayat ini sebelum menaiki kenderaan. Insyallah semoga perjalanan kita akan dilindungi oleh Allah yang Esa.
Jom baca sama-sama

Comel kartun untuk doa naik kenderaan yang ni
Sekian, entri untuk kali ini.
Salam Ramadhan dan Selamat berbuka puasa
TokwanMat

No comments:

Post a Comment